Tuesday, February 14, 2017

14 Februari Dalam Lipatan Sejarah

14 Februari sering dikaitkan dengan romantika, sebaliknya di Malaysia adalah satu tarikh ke arah sejarah penubuhan negara berdaulat.

Hari ini, 14 Februari 1942, tumbangnya bunga bangsa yang cekal mempertahankan ibu pertiwi.

Keberanian arwah Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen seramai 42 orang anggota Rejimen Askar Melayu hingga ke titisan darah terakhir mempertahan Permatang Pasir Panjang dari serangan tentera Jepun kekal dalam lipatan sejarah.

Kerana bunga bangsa sebeginilah, Malaya kemudian Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia dilahirkan...rakyat mencapai kemakmuran dan keamanan.

No comments:

Post a Comment