Friday, January 27, 2017

Rencah-rencah Penjajahan Moden?

Dewasa ini, hangat diperkatakan mengenai institusi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kedua-dua entiti kuasa yang ditonggakkan Bangsa Melayu dilagakan dan menjadi bualan bukan sekadar di kedai-kedai kopi tetapi turut dibawa di platform media sosial.

Rata-rata hanya mampu mempertikaikan kiranya kerusi takhta Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tumbang, siapakah yang layak mengambil alih? Tidakkah dan adakah mereka sedar, segalanya terjawap di dalam Perlembagaan Persekutuan? 
Bukankah lebih utama mempertahankan menurut salah satu peruntukan di dalam Perkara 153, YDPA adalah ‘supremo’ dan bertanggungjawap menjaga kedudukan keistimewaan ‘Bangsa Melayu’ (yakni orang Melayu, anak negeri Sarawak dan Sabah) dan penduduk asal Malaysia;, secara kumpulannya dirujuk sebagai ‘Bumiputera’ (yakni Orang Asli) serta menjamin ‘kaum’ lain yang telah dipersetujui sebelum Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963.

Perkara 153 tersebut adalah satu pertahanan undang-undang (legality) ke atas kepentingan atau ketuanan Melayu yang harusnya tidak perlu dipersoalkan di dalam mana merangkumi aspek seperti kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam dan sebagainya melalui ‘kontrak sosial’.

Bangsa Melayu bercakaran sesama sendiri dengan isu Melayunya dan Islamnya sedang tidak mampu menongkah kebekuan minda peranan yang lebih besar demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memahami kehendak dan semangat ke atas semua warganegara dan penduduk di negara yang berdaulat.

Apa ada pada kuasa, kiranya mampu dibeli dan dipengaruhi? Cukupkah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara andai tidak ada yang menyanggupi untuk dibela dan dipertahankan, dan sekadar bercakap di belakang tabir? 

Kepada Melayu, isu UEC, sekolah jenis kebangsaan (vernacular) dan kesepakatan bukan Melayu gagal diteroka lebih luas hingga menjadi topik yang sering berkisar, sedang bukan Melayu mengambil peluang dari perkembangan semasa untuk mengukuhkan ekonomi mereka. 
Di Malaysia sendiri, isu HALAL dan pembentukan Hab HALAL dan Halalan Toyibban, masyarakat bukan Melayu diberikan peluang walau bukan keutamaan untuk bergiat aktif, sekadar dengan kekuatan ekonomi mereka dan disokong, namun betapa sokongan dan sambutan ke atas orang Melayu?

Dalam sudut yang berlainan, perlunya pemisahan kuasa atau ‘separation of powers’ di antara Legislature, Executive dan Judiciary yang masa kini telah mencampuri sempadan penakrifan ‘punca kuasa’ yang berhak dibuat oleh Judiciary. Dalam masa yang sama, sebarang suruhanjaya dan badan berkanun seperti SPRM, JAN dan sebagainya harus dikekalkan pemakluman kepada YDPA dan bukannya melewati Baginda Tuanku sebagai menerima “nasihat”.

Belum lagi perihal tanah rizab yang menguncup menyimpangi “7 Wasiat Raja-Raja Melayu” ditanggani, semakin terdapat penggembelingan tanah kepada monopoli China dengan “kemasukan Foreign Direct Investment” bernilai lebih RM140 billion. China kini merupakan pelabur terbesar di Malaysia setelah membeli aset di bawah 1MDB dan melebarkan pengaruh Beijing hingga ke sector ekonomi di Asia Tenggara.
“If there is one thing at which China’s leaders truly excel, it is the use of economic tools to advance their country’s geostrategic interests. Through its $1 trillion “One Belt, One Road” initiative, China is supporting infrastructure projects in strategically located developing countries, often by extending huge loans to their governments. As a result, countries are becoming ensnared in a debt-trap that leaves them vulnerable to China’s influence.” 
Inisiatif China One Belt One Road (OBOR) disetujui dan digerakkan oleh 46 persatuan perniagaan Cina yang diterajui menteri-menteri dan bekas menteri Cina untuk masyarakat mereka bekerjasama menjayakan inisiatif tersebut melalui penubuhan MCA Belt and Road Centre (Mbrace) menyediakan meja rundingan, aspek pendidikan, pertukaran maklumat dan padanan perniagaan.

Namun di manakah peranan yang dimainkan tonggak kerajaan oleh UMNO? Apa pula sokongan dan peranan PAS, PPBM dan segelintir besar kepimpinan Melayu demi kelansungan dan kepentingan Melayu di sector ekonomi? Bagaimana pelan tindakan dan penglibatan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Islam Malaysia, atau PERDASAMA dan lain-lain entiti pertubuhan dan ekonomi Melayu dan Islam dengan peluang yang pastinya akan dirakusi kaum bukan Melayu?

Mungkinkah MALAYSIA juga akan senasib dengan Zimbabwe, Angola, Tibet dan Sri Lanka? Kita harus ingat dengan memberi peluang seluas-luas kepada China menguasai pembangunan prasarana Malaysia dan tempat-tempat strategik akan menyebabkan Malaysia menjadi sasaran Amerika mengatur serang balas perdagangan dan munkin juga ketenteraan apabila permusuhan tidak dapat dielakkan. Malaysia mampu hanya jadi pelanduk di tengah dua gergasi. 

Bakal berulanglah peristiwa Empayar Rom menguasai Herod untuk menakluk Baitulmaqdis. Kisah “Trojan Horse” dalam epic Helen of Troy semakin menyinsing tirai. Kelewatan ini, kepimpinan negara begitu terdorong bentuk pengguasaan China atau mungkinkah kerana ada kesempatan dan kepentingan tertentu hingga sanggup mengungkit pentas “The Merchant of Venice”?

Kekecohan di Sri Lanka bertitik tolak kehendak China walaupun menerima tentangan, Sri Lanka tidak menyerahkan 20 hektar tanahnya sebagai “pegangan bebas” atau freehold seperti dituntut China. Namun melalui inisiatif OBOR, Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan telah mengizinkan “pegangan bebas” ke atas 609 hektar tanah dan Kerajaan Johor sebanyak 14 sq km tanah tebus guna? Kiranya benar, adakah ini berupa satu usaha mempertahankan kedaulatan ATAU peluang kekayaan bagi segelintir pihak melalui “goodwill exchange”? Maka inikah Bunga Emas sebgai ufti yang disenyawakan dalam bentuk penjajahan ekonomi?
Perlu diingatkan objektif “Rizab Melayu” adalah untuk 1. menyekat tanah Kerajaan di dalam kawasan rizab Melayu daripada dilupuskan dengan “apa cara juapun kepada bukan Melayu”, 2. Menyekat tanah pegangan pegangan Melayu atau rizab Melayu daripada dibuat ap-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dengan bukan Melayu. Ditegaskan juga mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai “Rizab Melayu” hendaklah dikekalkan sebagai rizab Melayu melainkan ianya diisytihar dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan. Jika mana-mana kawasan rizab Melayu itu dibatalkan samada keseluruhan atau sebahagian, maka satu kawasan lain di dalam negeri yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya hendaklah dengan serta-merta diisytiharkan sebagai ganti.
Apa yang dibimbangi sikap kepimpinan Melayu (Malay Legislatives) mengalih pandangan atau berpura-pura tidak mengetahui realitinya asal dapat terus kekal di singgahsana. Janganlah sekadar bermegah ‘Ulil Amri’ bersembunyi di belakang Mufti dan Ulama, berkata-kata tetapi tidak mendahulukan tindakan. Pandang TAPI tidak nampak. Ada TAPI diinterpretasikan mengikut citarasa sendiri, masa dan keadaan.

Contohilah Khalifah Umar Al Khathab r.a yang turun menyamar di Kota Baghdad untuk mengetahui keadaan rakyat. Sehingga beliau terjumpa seorang ibu menjerang air yang diisikan ketulan batu sehingga anak-anak Ibu tersebut tertidur kelaparan. Keadaan itu menyedarkan keadaan sebenar anggota masyarakat dan baginda Khalifah bertindak membetulkan keadaan.

Semoga kepimpinan dan orang Melayu kembali kepada asasnya. Bukan bersikap sembrono. Menolak sifat menuding jari. Sebaliknya muhasabah, berdamai dengan akar umbi dan waras mencari penyelesaian dan keseimbangan. Sudah lama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Hingga yang menyebabkan banyak mata merah diperah kecewa.

Malang buat Melayu Bumiputera kerana sikapnya yang ‘extremist’ apabila sudah terlalu diasak dengan sikap ‘apologetic’ dan ‘forgiving’ serta berkompromi hingga tanah di kaki dijual pergi, tatkala itu, “Nasi sudah menjadi bubur”, maka menggamuknya nanti tidak kepalang! Jebat tidak undur. Jebat bukan Pengkhianat tapi sesal setelah segalanya sudah tiada.


Rujukan:

· . Perlembagaan Malaysia - Hak Keistimewaan Orang Melayu
https://www.facebook.com/notes/pertubuhan-kebangsaan-warisan-ketuanan-melayu-malaysia/perlembagaan-malaysia-hak-keistimewaan-orang-melayu/153925017978975/

· . Perlembagaan Persekutuan, Bahagian VI – Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri0negeri, Bab 4- Tanah http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara89-Ma.Html

· . Institut Tanah dan Ukur Negara
https://www.instun.gov.my/index.php/ms/

· . Hakmilik Tanah –Pegangan Bebas – Dulu Dan Kini
https://www.instun.gov.my/index.php/ms/muat-turun-2/muat-turun-pengkalan-ilmu/artikel-1/tanah-3/192-hak-milik-tanah-pegangan-bebas-dulu-dan-kini-1/file

· Muslihat Dong Zhong Disebalik Sekolah Cina
http://www.sarawakiana.net/2016/12/muslihat-dong-zhong-disebalik-sekolah.html

· UEC: Kenapa tak hargai toleransi ini?
http://www.utusan.com.my/rencana/uec-kenapa-tak-hargai-toleransi-ini-1.156778

· . China becomes Malaysia’s biggest foreign investor, thanks to 1MDB purchases
http://www.scmp.com/news/china/diplomacy-defence/article/1900064/china-becomes-malaysias-biggest-foreign-investor-thanks

· . Malaysia’s Economy Just Got A US33 billion Boost From China…So Why The Unhappiness?
http://www.scmp.com/week-asia/geopolitics/article/2047345/malaysias-economy-just-got-us33-billion-dollar-boost-china-so

· . Declaration of support for Belt and Road initiative signed
http://oborwatch.org/declaration-of-support-for-belt-and-road-initiative-signed/

· . China and Sri Lanka: Between a Dream and a Nightmare
http://thediplomat.com/2016/11/china-and-sri-lanka-between-a-dream-and-a-nightmare/

· . The Chinese factor – 5 ways investments from China will impact the property landscape in Iskandar Malaysia
http://www.theindependent.sg/the-chinese-factor-5-ways-investments-from-china-will-impact-the-property-landscape-in-iskandar-malaysia/

. Idris Haron pans claim of Chinese naval base in Melaka Gateway project
https://www.nst.com.my/news/2017/01/207279/idris-haron-pans-claim-chinese-naval-base-melaka-gateway-project

No comments:

Post a Comment