Thursday, February 18, 2016

RMHC Membantu Mengukir Senyuman

Apabila seseorang tersenyum, sebenarnya sebanyak 16 otot muka telah digerakkan untuk mengukir sebuah senyuman berbanding 43 otot pula digunakan apabila muka seseorang itu berkerut. Sebuah senyuman turut merangsangkan pengeluaran "endorphins" (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit). 

Senyuman mampu mengubah 'mood' kita dan orang di sekeliling. Senyuman dapat mengubah keadaan anda. Anda akan memperolehi kebahagiaan. Senyuman juga dapat mengubah keadaan orang lain. Adalah lebih mudah untuk tersenyum daripada sebaliknya. 

Apa ruginya mengukir sebuah senyuman? 

Bagi sesebuah keluarga yang menimang cahayamata, senyuman dilontarkan kepada kedua IbuBapa dan ahli keluarga adalah saat yang paling mengujakan. Namun, terdapat keadaan di mana, keadaan tersebut dicacatkan dengan keadaan bayi yang mengalami 'sumbing' atau 'cleft lip and palate". 

Sumbing atau cleft lip and palate, merupakan salah satu masalah kecacatan kelahiran. Berdasarkan International Clearinghouse for Birth Defects Surveillance and Research (ICBDSR) keseluruhan prevalen sumbing bibir dan/atau lelangit adalah 9.92 dalam 10,000 kelahiran di antara tahun 2000 hingga 2005. Masalah ini disebabkan oleh gangguan proses pembentukan mulut iaitu di bahagian bibir atau lelangit atau kedua-duanya sekali semasa dalam kandungan lagi. Bertitik tolak daripada itu, proses penilaian dan rawatan hendaklah bermula dari saat bayi ini dilahirkan. 

Rumah Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) telah berkerjasama dengan Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah memulakan program Ronal McDonald Gift of Smile dengan menyediakan kemudahan pembedahan kepada anak-anak yang dilahirkan 'sumbing' tahap 1 dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. 

DIlancarkan pada tahun 2004, seramai lebih dari 350 anak-anak yang mengalami keadaan tersebut menjalani pembedahan 'corrective' tanpa dikenakan sebarang kos. Sebagai kesinambungan usaha yang murni itu, pengangkutan dan penginapan percuma turut disediakan kepada pesakit dan ahli keluarga dari luar Lembah Kelang. 

Sejumlah lebih dari RM3 juta telah disalurkan bagi menjayakan fasa pertama program ini dengan pertambahan seramai 30 pesakit baru pada tahun 2015 untuk fasa ini. 

Seterusnya bagi fasa ke dua Gift of Smile, 5 tahun setelah menjalani pembedahan 'corrective' itu, kanak-kanak yang menjalani fasa 1 'cleft lip and palate', diberikan rawatan ortodontik dan cantuman tulang. Fasa ini dimulakan pada lewat tahun 2013 dan merawat 10 orang kanak-kanak pada setiap tahun.

Untuk pengetahuan sejumlah RM40,450 telah disumbangkan bagi maksud fasa ke dua yang bermula lewat tahun 2013 itu. 

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata, "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah". Senyum juga satu tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. 

Segala sumbangan ANDA semampunya mebuahkan keceriaan kepada anak-anak yang memerlukan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment