Wednesday, November 04, 2015

Pencarian Untuk MH370 Belum Berakhir!

Sidang Dewan Rakyat kali ini, semestinya panas dengan isu-isu yang tidak pernah dilepaskan Ahli Parlimen pihak Pembangkang terutamanya untuk mensensasikan keadaan dan memperkecilkan hampir kesemua usaha Kerajaan Malaysia mentadbir negara.

Dalam satu soalan yang dikemukakan Teresa Kok Suh Sim (Teresa Kok) di Sidang Dewan Rakyat pada 2hb Nov 2015 menyentuh perihal perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan Malaysia berkaitan malapetaka yang menimpa 2 buah pesawat yang dimiliki Malaysian Airlines (MAS) kini diberi nama Malaysia Airlines Bhd (MAB); penerbangan MH370 dan MH17.

Sebelum itu, Teresa Kok telah meminta Menteri Pengangkutan menyatakan perbelanjaan yang digunakan kerajaan dalam operasi mencari pesawat MH370 dan menangani nahas pesawat MH17 serta nilai pampasan yang diberikan kepada penumpang dan krew kabin yang terkorban dalam kedua-dua nahas tersebut.

YB Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan menjelaskan; bagi pesawat malang MH370, kos yang ditanggung bagi operasi pencarian kini telah mencecah RM230 juta sehingga bulan Oktober 2015.

Pesawat MH370 dijadualkan perjalanan ke Beijing, Rep. Rakyat China dari Kuala Lumpur dikesani berpatah balik dan hilang dari imbasan radar pada 8hb Mac 2014 bersama kesemua 239 penumpang dan anak kapal yang telah diishtiharkan telah terkorban. Kerajaan Malaysia terus komited kerja-kerja pencarian yang masih diteruskan dan diperluaskan sehingga 120,000 kilometer persegi dalam kawasan Lautan Hindi.
Pada 6 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan atau flaperon pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis, Julai lalu adalah daripada pesawat malang MH370.
Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac itu adalah misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut Fairfax Media. 

Selepas empat minggu kehilangannya, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM164 juta).

Kos perbelanjaan tinggi ini telah melibatkan kegunaan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi; di mana dipercayai lokasi terakhirnya.

"Manakala bagi menangani nahas pesawat MH17 kerajaan membelanjakan sebanyak RM12.9 juta," kata Liow bila memaklumkan kos yang ditanggung mengenai pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di ruang angkasa wilayah timur Ukraine pada 17hb Julai 2014 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Peristiwa itu telah menggorbankan seramai 298 orang penumpang dan anak kapal.

Menyentuh mengenai pampasan kepada waris mangsa kedua-dua nahas, Dato' Sri Liow menjelaskan, "Dalam hubungan ini, MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan dan Pakej Bantuan Krew berjumlah RM215,000 (USD50,000) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada waris dan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 dan MH17. Setakat ini sebanyak 236 waris telah menerima bayaran pampasan pendahuluan bagi MH17 dan 74 waris bagi mangsa tragedi MH370. Jumlah pampasan diberikan bagi kedua-dua nahas adalah sebanyak RM71.3 juta (USD16.6 juta)," 

No comments:

Post a Comment