Tuesday, April 21, 2015

#DaulatTuanKu604 BiaDAP Terhadap Kedaulatan Raja-raja Melayu


Istiadat Perasmian Dewan Undangan adalah satu penghormatan yang diberikan kepada seorang pemerintah Negeri. Kelaziman dan rasa hormat Rakyat, pemimpin kepada Pemerintah Negeri dan Negara. Sultan Melayu adalah lambang dan perkasakan MARUAH Melayu di Tanah Melayu!


Dalam perihal perasmian Dewan Undangan Negeri Perak yang ke 13 untuk penggal pertama pada 31hb Mac 2015, perlakuan yang ditunjukkan oleh golongan Ahli Dewan Undangan Negeri dari pihak Pembangkang menyerlahkan satu sifat yang keji dan biadap yang teramat terhadap DYMM Sultan Perak; Sultan Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah hingga menyebabkan Ke Bawah Duli Tuanku beredar tanpa bertitah selepas perasmian dewan tersebut, kerana murkanya Tuanku.


Semua ADUN sudah sedia maklum, kehadiran mereka dalam majlis penuh protokol dan istiadatnya itu, berpakaian putih dengan darjah kebesaran mereka; pakaian No. 1. Namun pihak Pembangkang dengan angkuh bertindak memilih berpakaian serba hitam No. 3, pada hari penuh bersejarah itu sedangkan itulah pemasyhuran Tuanku yang memilih sendiri tarikh perasmian dewan tersebut.

Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 13 penggal pertama ini merupakan pertama kalinya dirasmikan oleh Ke Bawah DYMM Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Shah sejak ditabalkan selepas kemangkatan Tuanku Sultan Perak; Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah bagi kepentingan Rakyat Perak diutamakan.


Pada 1hb April, di luar dewan hampir seramai 500 orang rakyat Perak telah menyatakan kemarahan dan kekesalan mereka di atas perlakuan yang terhina itu. Sedang di dalam dewan, protokol ucapan menjunjung kasih di atas titah Ke Bawah Duli Tuanku Sultan telah hampir mencetus perang sabil; antara ADUN Tronoh dan ADUN Lungkup.

Kebiadapan sebegini adalah antara rentetan peristiwa Nizar Jamaluddin Mohon DERHAKA 
pada tahun 2009, pemimpin Melayu pertama Menyembah Derhaka, pemimpin Melayu Perak 
yang menyokong halangan ke atas kenderaan DiRaja Perak ke Istana Bukit Chandan, 
Kuala Kangsar dan Sidang Bawah Pokok setelah pembangkang tidak lagi mewakili majoriti 
negeri yang mencabar etika dan peradaban Dewan Undangan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Nizar jugalah yang mencela mengenai plat kenderaan WWW 1 urusan dan 
negeri Johor ke atas DYMM Sultan Johor. HASIL kerja tangan dan fahaman golongan Cauvinis.

Ayuh!!! Rakyat Perak khasnya dan Malaysia umumnya, bingkas dari keselesaan dan 
bersahaja membuktikan Taat Setia kepada Raja dan Negara. 
Raja adalah lambang keDAULATan Negara.
Institusi Raja-raja mesti dibela demi kelansungan keharmonian Negara dan terus dibela 
dan disemai sejak berzaman dahulu; hampir 300 tahun lamanya...

BANGKIT MELAYU BANGKIT...DEMI KEDAULATAN KESULTANAN MELAYU DAN MARUAH BANGSA MELAYU!!! 
Nafiri ditiupkan. Layar telah dilabuhkan. Jangan benarkan peristiwa Pateh Karma Wijaya 
berulang kembali.

#DaulatTuanKu604
#Himpunan604

No comments:

Post a Comment